Thursday, December 15, 2011

Persamaan kehidupan


Aku pandang kiri, aku pandang kanan dan kemudian kembali toleh ke hadapan. Kau tahu apa yang bermain di fikiran? Gila. Dunia ini penuh kegilaan yang berwarna-warni dan perasaan tidak tahu ke mana akan menghantui. Krisis identiti biasa. ah. namanya pun manusia, menganggap diri mereka semua berbeza. Walhal sama. sengaja menonjolkan perbezaan agar ada dalam fikiran. 'aku lain...' dan yang mana benarnya? mereka itu semuanya sama atau mereka itu semuanya berbeza dan mungkin konklusinya mereka itu sama dan berbeza.
Manusia itu sama dan berbeza. perenggan satu tamat.

Yang Di utara sibuk menegakkan yang itu benar. yang ini salah. kau ikut aku. aku yang benar, dan kemudian menjadi hero dalam filem mereka sendiri. Aku mengangguk setuju. Yalah. ini macam betullah. satu kaki sudah mula mahu melangkah berjalan ke lenggok utara. Menjeling ke arah selatan pula mereka juga sama, Akulah betul. itu semua tipu.tipu.tipu. mereka juga tampak hero dalam dunia yang mereka ciptakan sendiri. Ah, aku sudah mula berbelah bagi. Ke sini. ke sini. Kau tahu utara dan selatan itu adalah sesuatu yang kontradik. tapi keduanya tampak hero. tampak gah. tampak hebat. lalu aku mahu ke laluan yang mana? kau tahu apa guna akal? berfikir. dan ya. aku bangang seketika.
Mereka semua berbeza dalam suatu persamaan. perenggan dua tamat.

Suatu cerita lain pula menjerit-jerit memekik-mekik. Jadilah diri sendiri. Diri sendiri itu seperti apa? kau tahu apa yang membentukkan diri? situasi, pengalaman ataupun mat salleh kata surroundings. Kau terbentuk atas faktor persekitaran dan juga pilihan diri kau sendiri. Semuanya memainkan peranan, ianya seperti proses kimia yang bercampur-campur. sebati lalu menjadi kompaun. Eh. Compound. mana aku tahu melayunya apa. Kau membentuk diri menjadi sesuatu yang sama atau kau membentuk diri menjadi perbezaan yang hakikatnya adalah sama. Ah. kau tahu bilangan penduduk dunia yang 7billion ini. mustahil kau seorang sedemikian. betul 7? google lah sendiri.
membentuk diri menjadi berbeza yang sama. perenggan 3 tamat.


Kau tahu apa? perenggan satu dua tiga. aku menceritakan hakikat yang sama. Kita.kita.kita tidak mahu sama.tidak mahu similariti. Kita mahu unik. tapi yang pasti. keunikan yang tersendiri milik persamaan yang pasti. Kau mahu kelihatan lain? rare? dan tampak urban yang rare? dicelah perbezaan yang kau ada masih ada persamaan yang akan kau hadapi. itu fitrah. kita kan species. cerita sama dan beza tammat.

Kau tahu konflik apa yang membingungkan? Pilihan, pilihan untuk membentuk diri kau. Contoh mudah seperti atheis yang baru percaya tuhan yang sedang duduk di antara paderi dan imam masjid negara. Kau nampak tak kepayahan atheis tersebut memilih? Masing-masing menegakkan pendirian mereka kan. Bukan kebenaran isunya di sini. Hakikatnya semua orang merasakan diri mereka betul. aku tidak terkecuali. kita kan spisis, pastilah ada ego yang tersendiri dalam merasakan kehebatan diri masing-masing. kebiasaanya orang akan memilih mengikut kesesuaian hati. Ada banyak laluan dalam kehidupan. banyak.banyak.banyak. sebab itu kita.kita.kita seringkali tersalah membuat pilihan.


2 comments:

Amalina said...

entri kau ini mengingatkan aku pada video ini http://youtu.be/OjTOs1L3SBg

sebenarnya, bagi aku, tiada istilah diri sendiri.itu yang membuatkan aku frust.

Anonymous said...

hahahahahahahahahahahahahahahaha....