Monday, January 2, 2012

Siti

Boleh jadi kamu sukakan sesuatu tetapi ia tidak baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu.

Siti mengeluh. Esok final, sejak semalam dia cuba menghadap nota-notanya. Namun satu pun tak masuk, entah apa yang tersekat dalam cerebrumnya kini. Fikirannya kacau. Hatinya pahit. Jiwanya gila, bermacam anasir luar kini menghantuinya. Namun apa yang pasti, perkara utama kini adalah jiwanya tidak tenang. Siti punya teman yang mengambil berat persoalan diri.Siti menjadi bangang, dia tidak faham hatinya kini, dia tidak faham hatinya sendiri. Apakah anjakan 2012 sebenarnya yang meragut ketenangan emosi yang bertahun-tahun dia miliki.

"kau kenapa…" soal Mila, Siti Cuma tersenyum kelat. Adegan yang biasa dilakukan heroin novel ketika fikiran sedang kacau. Ah, Mila. bukan kau yang aku runsingkan. Bukan soalan itu yang perlu kau tanyakan Siti akui, dia punyai teman yang menyayangi dirinya, yang mengambil berat. Ah. Kalian tak faham. Ini soal hati dan fikiran kacau. Siapa yang akan faham. Cuma diri sendiri pemujuk rasa. Ah, mereka terlalu memaksa Siti untuk menceritakan tema-tema kesulitan yang Siti sendiri tidak faham. "AKU CUMA PERLUKAN RUANG UNTUK BERSENDIRIAN" jeritan itu acapkali berlegar-legar di ruang fikiran. Namun hampa, Cuma dalam ruang fikiran sahaja. Siti tidak mampu meluahkan. Nanti bimbang disalah faham benci. Tidak, Siti bukan benci perhatian-perhatian yang mereka hulurkan, Siti gembira…. Mungkin. Cuma Siti tidak mahu didesak berbicara, siti tidak mahu disalah sangka, siti ada kehidupannya yang tersendiri.

Siti sentiasa bermain dengan emosi, Siti mahu menghalau namun mahu mereka kembali. Siti mahu mereka pergi dan datang kembali mengikut kesukaan hati. Namun, mereka manusia biasa punya jiwa. Itu siti faham. Dan itu penyebab Siti tak mampu berbicara. Siti berdiam sahaja bermain dengan jiwa pahitnya.

No comments: