Tuesday, October 30, 2012

Hakikat cinta



Ada banyak persoalan yang bermain dalam fikiran, ada banyak kenapa timbul mencari jawapan, selalunya buntu samar diselimuti kegelapan dan akhirnya menjadi penantian tanpa pengakhiran. Kita hidup satu tujuan, sewajarnya taat kepada tuhan, usaha menjadi orang beriman. Tapi ramai kecundang atas nama percintaan. sedar?
Kenapa dalam kehidupan semakin menuju ke arah kedewasaaan, percintaan antara lelaki perempuan menjadi keutamaan. salah siapa ini, nafsu atau saitan? yang menghimpit membelenggu perasaaan. Lalu kemudian saling melukakan bila hati menjadi bosan. salah siapa ini? salah manusia sendiri atau persekitaran?
Jutaan drama dan lagu menjadi sanjungan, tak kurang novel yang jadi tatapan di bawah satu hakikat yang bernama percintaan. yang cuma dua bentuk pengakhiran, perpisahan atau perkahwinan. sedar? Perkahwinan bukan permulaan kebahagiaan, tanggungjawab berat menjadi pikulan. tidak tergelas nanti apa kesudahan? penceraian?
Di mana hakikat kehidupan itu sendiri? bila asyik percintaan mengikat hati, bagaimana untuk yang minoriti, yang masih belum rasa. Apa hakikat kehidupan mereka? tanpa pasangan mereka berjalan di atas paksi galaksi di bawah satu naungan yang sama. mahu menjadi hamba tuhan yang beriman.






Thursday, October 25, 2012

lemas

Kita gembira lalu terlupa
ada dunia tidak bersuka
kadang dialiri air darah
masih segar. masih merah
si sini cuma korban dilapah
ada dunia manusia ditarah





Aku tenggelam dalam puluhan titik hitam
tidak lagi berjaga di malam
kadang menangis dalam hujan yang panjang
dalam iman yang terus pincang
dan amal yang masih goyang
Juga dosa yang tidak hilang
dalam mimpi yang terus harmoni
kekal gembira di dalam fantasi
walhal masih tidak mengerti
bila nanti aku kembali
saat bangkit terus ke realiti
terpinga-pinga batin sendiri
oh tuhan, kembalikan aku ke bumi!
saat itu tiada gunanya
masa tidak diundur semula
pelbagai peringatan dahulu diceritakan
pernah kau ambil pedoman?
supaya bahagia di masa hadapan.

oh tuhan.oh tuhan. oh tuhan.
sucikan hati.agar roh kami. dalam rahmatmu.

-petang jumaat aiduladha-
selamat menyambut hari raya korban

urban

Kekosongan yang melapah harapan
Kapitalis mencorakkan kehidupan
Liberal kekal di atas sanjungan
Sekular bakal menjadi wawasan
dewasa inikah yang dinamakan kematangan
kepalsuan terus melemaskan kebenaran
Akhirnya terkapai mati sendirian