Friday, November 7, 2014

o

emosi tiba.
muntah aksara.
menyanyi lagu
senandung syahdu.

Tuhan maha baik
Tuhan maha kaya
Betapa tidak sempurnanya aku sebagai hamba,
tapi aku dikarunia bahagia,
di selang seli dengan rasa takut,
di selang seli dengan rasa tidak percaya,

Keluarga sudah cukup sempurna,
Gelak ketawa gurau senada,
kemudian aku dikarunia cinta.

Dan aku tidak mengidamkan kisah cinta yang tiada luka,
ini bukan kisah sinderella dan kasut kaca,
Tapi aku tenang dan bahagia dengan kisah ini sendiri,
menunggu esok hari.

Thursday, December 5, 2013

ibubapa

Kasih sayang anak kepada ibu bapa tidak setanding kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. berapa ramai anak yang sanggup berkorban untuk ibu, untuk bapa. contoh tak payah jauhlah... aku bagi contoh diri aku sendiri yang berkorban sikit pun tak sanggup, walaupun kasih sayang dicanang, tapi bila abah aku suruh sesuatu yang tak kena dengan kehidupan aku, lari dari hakikat kehidupan yang jadi kebiasaan aku, dengan cepat aku betah, terus laju aku bantah walaupun hakikat yang sebenarnya apa yang disuruh tu untuk kebaikan aku jugak.
walhal bapa-bapa kita berkerja kuat, berkorban masa mencurah tenaga demi mencari nafkah bagi memudahkan kehidupan, tapi kita sebagai anak mana mampu berkorban seperti mereka. berbelas tahun kita jalani kehidupan, apalah sangat yang kita lakukan untuk mereka, ada yang sedikit, ada yang tiada...mungkin aku dalam kategori yang tiada. Itu belum masuk pengorbanan ibu yang hanya anak bermain di fikiran. Kita sebagai anak, kadang selalu sangat terngadah, kadang selalu sangat membantah, walaupun kadang sesalan itu ada. namun perkara yang sama berulang semula. kenapa?

Friday, November 22, 2013

Major Biologi UPM

pelajar kepada kursus major biologi yang bertempat di Universiti Putra Malaysia, salah satu Universiti yang bagi aku agak gempak jugakla, sebabnya banyak lembu.

Bukan pelajarnya yang lembu. mohon jangan salah faham.

Mungkin ada pelajarnya yang lembu. ngeh. mohon jangan marah.
Sumber : google


Major Biologi Fakulti Sains.

menariknya major biologi di UPM ini, kursus ini tidak mempunyai pecahan seperti fizik kimia dan matematik di mana pelajarnya terpecah pecah yang berkemungkinan boleh membawa kepada semangat assabiah.
Major Biologi bagi intake aku cuma terdapat 52 orang sahaja KOT....

Bagi aku, intake aku mestilah gempak dan awesome kerana aku tidak pula mempunyai sebarang masalah dengan mereka. tapi aku tidaklah tahu sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah terhadap aku.

Untuk tahun pertama, pelajar kursus ini akan di bawa ke Hutan simpan Ayer Hitam untuk proses berkenal-kenalan sesama intake, sesama lecturer. menyuntik semangat dan lain lain.

Staff dan lecturer lecturer bagi kursus major Biologi ini juga adalah awesome. mereka bukan sahaja hebat, malah sangat membantu para pelajar. jadi tidak salah seandainya aku mengatakan, bahawa aku tidak menyesal mengambil kursus ini. (maybe sebab aku minatlaaa biologi ni)

Senarai pelajarannya. mudah. kalau engkorang belajar. engkorang score. Aku masa sem 1 ke laut jugak. maklumlah...kejutan degree, perasaan mahu enjoy itu, tidak dapat aku tidakkan.

Indahnya biologi ini, banyak sangat keindahannya. aku malas nak taip.

Kursus ini juga ada banyak field trip yang engkorang mungkin tak merasa sekiranya memilih kursus fizik, kimia, mahupun matematik (kahkahkah.hasut)

kerjaya? malas pula mahu cerita. skop kerjaya sangat luas... sekarang ni amik medik pun boleh menganggur beb. depends on rejki masing masing. solat dhuha banyak banyak ye.

Cuma satu yang aku tidaklah begitu menggemari kursus ini, kerana teori evolusinya yang disuntikkan ke dalam minda pelajar. seolah olah kebenaran evolusi itu adalah benar. biaselah silibus barat kan. ceh.

nak cerita panjang....malas lagi. selamat membaca.

Wednesday, November 20, 2013

iman

Engkau percaya mati?
semua yang hidup akan mati
tak kisahlah engkau atheis ke kristian ke yahudi ke budha ke
Engkau takkan dapat lari daripada mati
yang menjadi persoalan
Engkau percaya alam selepas mati?
Kalau Engkau Islam,
Engkau wajib percaya alam selepas mati
'kalau'?

Aku
percaya tuhan itu satu
dan aku percaya kita bertuhankan tuhan yang sama
tak kisahlah engkau budha ke yahudi ke atheis ke
Kita mempunyai tuhan yang sama
yang berbezanya adalah amalan dan keyakinan kita

Semua orang rasa diri dia betul kan
kalau aku cakap amalan engkau salah
engkau pasti marah
engkau yakin amalan dan keyakinan engkau betul?
sebabtu dah besar ni jangan main besar je
belajar sikit ilmu agama.
jangan hanya islam pada nama.

Aku
seorang muslim
manusia biasa
aku pun pernah bertanya tanya dengan diri
betul ke keyakinan dan amalan yang aku pegang ni
kalau aku tanya orang lain
mesti dah ada cop aku murtad tanya bukan bukan

Tapi bagi aku tak salah mempersoalkan
sebabnya berusaha mencari kebenaran
aku bukan menidakkan
aku mencari kebenaran
mendalami ilmu pegetahuan
engkau bukan budak kecik, jadi pakturut, main ikut
dan kebenaran itu aku temui dengan amalan dan kepercayaan yang aku pegang
alhamdulillah.mudah.semuanya mudah.

Disebabkan aku seorang muslim yang tidak mahu hanya berpaksikan kepada nama muslim itu sahaja

engkau tak boleh marah orang mempersoalkan
sebab dia bukan menidakkan
maknanya dia ada usaha mencari jawapan
kalau orang belum islam tanya kenapa lu tak boleh makan pork.
engkau memang boleh jawab, tuhan saya tak kasi makan
tapi enggkau tahu tak, setiap apa yang tuhan larang tu ada sebabnya
so engkau cari jawapan...
kasi Impress sikit yang bertanya soalan.
barulah orang pandang kita ada ilmu pengetahuan
bukan pemalas sekadar mengamalkan
kiranya lu berpegang kepada kepercayaan engkau bukan semberono
tapi sebab engkau tahu benda yang engkau buat tu betul.

Sekarang tepuk dada tanya iman
Betul ke aku islam dengan islam yang sebenar benarnya?
Kalau betul, tahniah aku ucapkan.
sebab kita memang dah akhir zaman.
Kiranya, aku dan engkau sama sama percaya mati.
sama sama percaya hari pembalasan.
Aku sebenarnya masih mengemis kasih sayang tuhan
banyak benda yang aku buat sembarangan

aku nak jadi lebih beriman
mohon doakan....
aku mahu bertemu tuhan T_T

AWAS. tak semua benda kita boleh persoalkan. kalau engkau rasa dah ada iman, engkau tahu mana boleh dan mana jangan, cuma aku nak cakap, jangan marah orang bertanya, bimbing dan kasi jawapan. tapi kalau tanya soalan yang memang macam mintak penerajang. engkau tahu kan... soalan yang jenis mahu mencabar, bukannya nak tanya bebetul pun. yang tu jangan layan. dia tidak ikhlas dalam persoalan.


Tuesday, November 19, 2013

Ugly truth

Kadang kadang gua tengok cermin gua cakap "macam cantik je"
Kadang kadang gua tengok cermin gua cakap "macam buruk je"
Hakikatnya...
kalau cantik pun,
Tuhan yang punya,
tuhan bagi pinjam je,
gua takde hak nak bangga bangga,
Kalau buruk pun,
Tuhan yang cipta,
gua takde hak nak gundah gulana,
dalam quran takde pulak cakap,
Jadi cantik tu syarat masuk sorga...

Tapi dunia ni buat gua goyang,
semua orang suka tayang tayang,
makin cantik makin ditatang,
semua mata pandang pandang,
perasanlah macam heroin hindustang...
Itu yang buat gua nak make over rupa,
Beli produk sini sana,
konon nak cantik di mata manusia...
tapi gua lupa, gua hidup bukannya lama.

Yang patut dikejar itu redha tuhan
Yang kena upgrade itu iman
Mentang mentang tak urban
Nak masuk sorga kan?
banyak benda nak kena tahan
pandai pandailah bawak bekalan.

Gambar memang ciplak google
Biar tak cantik dunia...asal cantik di akhirat sana. Allahu.....