Wednesday, November 20, 2013

iman

Engkau percaya mati?
semua yang hidup akan mati
tak kisahlah engkau atheis ke kristian ke yahudi ke budha ke
Engkau takkan dapat lari daripada mati
yang menjadi persoalan
Engkau percaya alam selepas mati?
Kalau Engkau Islam,
Engkau wajib percaya alam selepas mati
'kalau'?

Aku
percaya tuhan itu satu
dan aku percaya kita bertuhankan tuhan yang sama
tak kisahlah engkau budha ke yahudi ke atheis ke
Kita mempunyai tuhan yang sama
yang berbezanya adalah amalan dan keyakinan kita

Semua orang rasa diri dia betul kan
kalau aku cakap amalan engkau salah
engkau pasti marah
engkau yakin amalan dan keyakinan engkau betul?
sebabtu dah besar ni jangan main besar je
belajar sikit ilmu agama.
jangan hanya islam pada nama.

Aku
seorang muslim
manusia biasa
aku pun pernah bertanya tanya dengan diri
betul ke keyakinan dan amalan yang aku pegang ni
kalau aku tanya orang lain
mesti dah ada cop aku murtad tanya bukan bukan

Tapi bagi aku tak salah mempersoalkan
sebabnya berusaha mencari kebenaran
aku bukan menidakkan
aku mencari kebenaran
mendalami ilmu pegetahuan
engkau bukan budak kecik, jadi pakturut, main ikut
dan kebenaran itu aku temui dengan amalan dan kepercayaan yang aku pegang
alhamdulillah.mudah.semuanya mudah.

Disebabkan aku seorang muslim yang tidak mahu hanya berpaksikan kepada nama muslim itu sahaja

engkau tak boleh marah orang mempersoalkan
sebab dia bukan menidakkan
maknanya dia ada usaha mencari jawapan
kalau orang belum islam tanya kenapa lu tak boleh makan pork.
engkau memang boleh jawab, tuhan saya tak kasi makan
tapi enggkau tahu tak, setiap apa yang tuhan larang tu ada sebabnya
so engkau cari jawapan...
kasi Impress sikit yang bertanya soalan.
barulah orang pandang kita ada ilmu pengetahuan
bukan pemalas sekadar mengamalkan
kiranya lu berpegang kepada kepercayaan engkau bukan semberono
tapi sebab engkau tahu benda yang engkau buat tu betul.

Sekarang tepuk dada tanya iman
Betul ke aku islam dengan islam yang sebenar benarnya?
Kalau betul, tahniah aku ucapkan.
sebab kita memang dah akhir zaman.
Kiranya, aku dan engkau sama sama percaya mati.
sama sama percaya hari pembalasan.
Aku sebenarnya masih mengemis kasih sayang tuhan
banyak benda yang aku buat sembarangan

aku nak jadi lebih beriman
mohon doakan....
aku mahu bertemu tuhan T_T

AWAS. tak semua benda kita boleh persoalkan. kalau engkau rasa dah ada iman, engkau tahu mana boleh dan mana jangan, cuma aku nak cakap, jangan marah orang bertanya, bimbing dan kasi jawapan. tapi kalau tanya soalan yang memang macam mintak penerajang. engkau tahu kan... soalan yang jenis mahu mencabar, bukannya nak tanya bebetul pun. yang tu jangan layan. dia tidak ikhlas dalam persoalan.


1 comment:

Mehmed - said...

tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang kau redhai Yaa Allah...Aminkan..Amin!