Tuesday, April 16, 2013

Tukar kerajaan?

Politik kotor, politik tidak bersih ataupun politik longkang.
Politik sememangnya dipenuhi siu-isu kotor, lebih-lebih lagi politik di Malaysia yang lebih gemar mengedarkan video seks untuk menjadi tatapan umum tidak kira lapisan umur.
"The problem about Malaysian thing is our politician love to interrupt in every single thing," kata-kata Dr. Agus dalam kuliah yang lepas itu ada benarnya. Daripada isu lahad datu sehinggalah ke skandal seks seolah-olah polis tidak wujud di Malaysia.

Contohnya isu lahad datu, kita mempunyai pasukan keselamatan dalam negara, kenapa tidak dibiarkan pasukan keselamatan sahaja yang mengambil alih tugas tersebut tanpa membabitkan isu politik dengan saling tuduh menuduh mana-mana pihak menjadi batu api atau penghasut. Ia mengelirukan rakyat, apakah tujuan sebenar parti pimpinan di atas sana adalah untuk meneglirukan rakyat? Isu lahad datu sudah melibatkan nyawa. Masih lagi saling menuding jari antara satu sama lain. 
Terbaru adalah isu Video seks Mustapha Ali, perkara itu digembar-gemburkan seolah-olah mahu dijadikan komik dalam edisi negaraku Malaysia.

 kata Dr. Agus dalam kelas beliau, 'Kita ada polis di Malaysia, siasat dan dakwa, kalau benar Mustapha Ali melakukannya, siasat dan dakwa di mahkamah syariah kerana urusan seperti ini melibatkan agama, sekiranya bukan Mustapha Ali, siasat juga dan dakwa si penyebar fitnah' kata-katanya relevan, apakah motif video tersebut diedarkan? memberitahu kepada rakyat bahawa Mustapha Ali bukan pemimpin yang baik SEBELUM disahihkan kebenarannya? ataupun sengaja menambah keliru dalam kedunguan rakyat itu sendiri.

Politik di Malaysia bagi aku memerlukan pembaharuan yang banyak, generasi baru perlu meneroka bidang ini untuk memilih corak kepimpinan yang suci, profesional dan matang. Bukan mahu menguasai parlimen untuk mendapatkan projek besar bagi dibahagi-bahagikan kepada kroni. Malang sekali, kita tidak dapat membaca niat sebenar pemimpin. Apakah benar mahu membela nasib rakyat atau membela kepentingan diri sendiri.

'Malas nak tengok berita....' 'Malas nak ambil tau hal politik...' 'malas...' bosan....'
Ya, aku akui ada benarnya kita sudah jelik, mual dan bosan dengan sandiwara yang kita sendiri tidak dapat tentukan kebenarannya, tetapi sekiranya semua orang bersikap lepas tangan dalam mengambil tahu isu semasa, maka, sampai bila politik matang boleh diwujudkan? generasi kita, generasi Y, generasi yang akan mencorakkan kepimpinan negara, generasi yang menentukan jatuh bangun ekonomi negara dan memastikan duit rakyat tidak jatuh ke poket yang salah. Duit rakyat MESTI dikembalikan kepada rakyat, bukan kepada kroni ataupun poket mereka sendiri.

Kerajaan kita memberikan BR1M kepada rakyat dan juga BB1M, janji ditepati kata mereka. aku hargai usaha mereka dalam 'mengembalikan' duit rakyat. Terima kasih. Akan tetapi, sebagai rakyat, kita TIDAK BOLEH didungukan dengan perkara seperti ini, siapa tidak suka kepada baucer. aku pun suka. tapi pemberian ini seolah-olah tidak dikaji, ianya seolah-olah mendedakkan rakyat sendiri.
 'bagi, salah...tak bagi, salah...' pemberian itu tidak salah, malah sesuatu yang baik pula, tetapi malangnya pemberian seperti ini aku lihat untuk meraih sokongan undi. Apa yang penting buat rakyat adalah, memperbanyakan peluang pekerjaan, menurunkan harga barangan keperluan asasi, jurang antara kaya dan kelas menengah pula dipendekkan dengan menghapuskan golongan miskin. pendapat Dr, agus yang bercampur aduk dengan pendapat aku sendiri atas alasan mana aku nak ingat seratus peratus perkataan yang keluar daripada mulut beliau ini sekali lagi aku lihat relevan dalam senario hari ini.

Mana-mana parti pun tidak dapat memelihara kehendak selera kami yang mendahagakan sesuatu yang profesional dan matang, bukan parti yang menguasai media dan saling memburukkan antara satu sama lain, seperti kanak-kanak bergaduh yang slaing tuding menuding antara satu sama lain. Mencari kesalahan, mengkritik dengan niat untuk memburukan, bukan untuk mendidik. Tidak kisahlah sesiapa yang memerintah selagi kemakmuran negara boleh tercapai.
Kalau boleh, aku mahu lihat kerajaan lain pula yang memerintah, ingin lihat senario dan permainannya bagaimana, apakah sama.... atau sebaliknya.



Saturday, April 13, 2013

pemacu padu

Ini kisah lama. yang sengaja aku ceritakan semula.

Laila... Magadraph milik aku
suatu telegram dari merpati putih yang aku kenal spesisnya banyak di negara Kausakabian. Pigeon berbulu halus jelas nampak dijaga rapi seolah-olah kepunyaan puteri tercantik di negeri Kauskabian. Sebaris ayat itu meruntuhkan emosi aku yang sudah lama tidak dilanda badai. Aku sudah jangka perkara ini akan berlaku, aku menolak tawaran pertunangan Magadraph tahun lalu, dalam dunia aku. tiada cinta yang betul-betul setia. Namun aku tidak menyangka secepat ini Magadraph berubah hati, aku hampir kepada percaya bahawa Magadraph benar-benar menunggu aku kala itu. dan hati aku saat itu tidaklah sedih ataupun sakit, cuma satu perasaan seperti ingin membenamkan sebilah pedang ke dalam jantung Magadraph dan pemberi telegram.
"laila.." teguran dayang Sulul menyedarkan aku, lantas aku seka air mata laju. melihat pemandangan ke luar jendela. Semuanya berpasangan, sepasang semut melintas pergelangan tanganku yang menghalang laluan utama mereka. wujudkah perasaan pada binatang? "Perkahwinan Ratu sirotni bakal berlangsung esok hari, aku perlu ke istana buat menyediakan majlisnya. kau mahu turut serta?" soal dayang sulul, pelayan istana yang bagi aku terlalu setia kepada tuannya. "Aku tidak percayakan perkahwinan, aku tidak mahu pergi,"balas aku ringkas. Sulul menepuk bahu aku cuba untuk menyelami perasaan aku yang aku sendiri tidak mampu fahami. "kau ada masalah?" soalan Sulul sudah aku jangka. "Magadraph ada kekasih lain di Kaukasian, aku sudah jangka hal itu. tidak wajar aku bersedih," balas aku tidak berahsia, mana mungkin aku berahsia dari Sulul.

"kau sendiri selalu mengatakan bahawa kau tidak mempunyai perasaan pada Magadraph, untuk apa menangis akan hal itu?" Kata-kata daripada Sulul itu juga sudah aku jangka. Dia sudah mulai duduk, menarik tangan aku untuk turut duduk serta, menceritakan perihal perasaan dan soal Magadraph juga. "Ya, tetapi aku tidak jangka perkara ini akan berlaku, Magadraph masih lagi menghubungi aku seperti biasa, masih lagi mengatakan dia akan menunggu aku dan aku percaya sulul. aku sakit hati kerana kepercayaan aku dirobek Magadraph sendiri, walaupun aku sudah menjangkakan perkara ini," Sulul mengenggam tangan aku yang sudah mulai beku dengan amarah. "Kau bincangkan perkara ini pada Magadraph," balas Sulul, aku mengangguk lesu membantu dia mengikat reben pada pinggangnya. Jubah kelabu hitam itu nampak pudar namun tetap Sulul kenakan pada badannya, baju termahal negara Laksana kata Sulul, hanya untuk acara istana. Di mana mahalnya tidak nampak pula pada mataku.



...................................................................................................................................................................