Monday, April 16, 2012

pagi-pagi dah post. memandangkan blog ni aku dah tukar url apa semua....sebab nak lari daripada beberapa makhluk. kantoi ni blog aku. i guess, blog ni pun dah takde pembaca. jadi aku nak tulis bahasa rojak dalam ni pun maybe dah bukan jadi masalah. sebenarnya aku tak suka rojakkan bahasa and kebarangkalian untuk post ni de delete adalah sangat tinggi.

Wednesday, April 11, 2012

pertabalan

aku baru teringat apa aku nak cerita
semalam aku tengok pertabalan yang dipertuan agung
disebabkan dari aku darjah lima aku selalu kena buat observation dalam peka dengan lab report
observation aku untuk semalam


yang dipertuan agung dah tak larat.
aku syak baju dia tu je dah berat.
aku rasa sedih sebagai rakyat
Aku dengar Najib baca tanpa loghat
Mata-mata yang duduk tegak macam dah pejam rapat
aku tahu masing-masing dah mula penat
tapi sebagai rakyat marhaen apa aku boleh buat
cuma boleh tolong tahan gelak jangan kuat-kuat
tapi aku doakan tuanku panjang umur dan sentiasa dalam berkat
aku doakan Malaysia aman damai sepanjang hayat


tapi serius terlentok sambil masuk TV memang tak best. cuba kau bayangkan camera TV3 tu ada dalam bilik kuliah. haih.haih.haih T__T

pagi cuti

Pagi ini cerah. yeah. pagi yang cerah buat aku tuang kuliah. serius. bukan sengaja. tapi takde transport nak hantar aku, maknanya aku cuma ada pilihan untuk berbasikal nak balik ke fakulti. disebabkan membazir tu amalan saiton, aku pun tak nak membazir peluh-peluh dan bakar kalori-kalori aku. ini untuk penjimatan buat masa hadapan.Jadi aku habiskan masa macam biasa depan tv sambil kunyah maruku, channel wildlife 550. menonton haiwan terkinja-kinja buat kelenjar-kelenjar aku lebih bertenang dari kebiasaan. melihat haiwan-haiwan bertempiakan lebih mengujakan dari berdepan dengan manusia-manusia di celah kebisingan.

Umur aku menginjak ke sembilan belas. tahun depan dah dua puluh. aku tak takut dewasa. its privilege to get old. kata Katty dalam cerita the big C channel DIVA.semakin aku menginjak ke usia yang tahun hadapan bakal jadi puluhan. haih. karenah-karenah manusia boleh merosakkan saraf-saraf jasmani diri.

sebenarnya aku serius tak tahu nak tulis apa. tapi rasa nak menulis, jadinya aku merapu... 
semalam aku terformat memory card phone sekaligus terpadam game angry bird.
ada member ajak aku pergi reunion.
kalau aku ada jubah halimunan konfem aku pegi.
masalahnya. aku cuma nak tengok merekamereka membesar secara invisible.

Tuesday, April 10, 2012

zombi

Suis utama dihidupkan
memperlihatkan pagi dalam hitam
di balik kelopak mata yang ada perkara-perkara neraka
dalam tipu helah manusia
mahu agung di celah kalut dunia
sedang kita yang jadi pemerhati
lelah berdiri kemelut hati
panas.sejuk.panas.sejuk.
putaran yang seperti pagi dan malam.
dalam kesakitan yang bertautan.









aku tahu kau.hipokrasi di celah keagungan dunia yang buat kau buta kita manusia. ada tercatit shurga neraka. kau. mahu jadi heroin dalam cerita. nah. aku persilakan.