Monday, December 12, 2011

Suatu Petang

" kau serius mahu pergi," Tanya Eton kebingungan. aku tersenyum pasti. Jarang aku nekad begini. biasanya pasti ada perubahan lagi. " Betul kau serius?" tanya Eton sekali lagi. Pang! Aku menepuk dahi. Dahi Eton santapan tangan kiri sengaja menunjukkan kepastian yang tidak berbelah bagi.

Sebelum terus aku memulakan bicara, langkah klise pertama yang orang-orang selalu lakukan pastilah perkenalkan diri. dan atas alasan itu, tidak patut aku terkecuali sesi ini. sesi perkenalkan diri sebelum mula membuka langkah cerita. Nama aku Hesh. Payah mahu menyebut? tidaklah. secara singkatnya dan gaya menyebutnya 'H'. Tapi namaku... 'Hesh' tidak sukar bukan? Dan ya, aku baru sahaja menyambut hari lahir yang ke lapan belas dan tahulah yang kini seperti dewasa lain.aku mengalami pelbagai konflik tahap ketiga seperti konflik identiti. dan ingat... Nama aku Hesh.sampai mana tadi.....

kalau Eton bersuara lagi, aku sudah berkira-kira mahu menaikkan kaki. " Kalau macam tu. aku nak ikut, aku nak teman," Kata Eton, kaki yang baru sahaja mahu memulai langkah penerajang kini berundur kembali. Tapak mencium simen. " Tak perlu," jawab aku pendek sekadar berbasa-basi. " Kau serius? " Tanya Eton lagi. Anak matanya kini melekat jatuh dalam ke dasar anak mataku ataupun bahasa lainnya mata kami bertaut. Eton cuba mencari kejujuran mungkin. "Seriuslah" balasku dengan satu sengihan panjang. "ok.kalau macam tu esok kita gerak pukul berapa?" tanya Eton serius. KITA. sempat aku menangkap butir bicaranya yang laju. Eton dengan mudah teracun, pasti sengihan tadi sudah cukup untuk dia membaca hati. membaca hati yang mengatakan, parahlah kalau aku sendirian. "sepuluh"

Pagi itu sunyi. sunyi. sunyi. Eton berkira-kira mahu memakai baju apa, aku juga barangkali. Ah. mudah, baju semalam yang tergantung baru diapakai untuk seminit dua itu aku sarung lagi. "Hesh!" pekikan Eton mengejutkan. sudah siap perempuan ni. Laju. bisikku. Aku masih lagi dihadapan komputer riba mencoret di Microsoft word entah apa. Nukilan hikayat hati yang tidak pernah berani cuba berdiri. sunyi di dalam file yang tidak pernah ada penyemaknya. Ah. diri. tidak pernah mahu berani. Itu cerita lain.

"Makan dulu" arahku, mudah menyantap Eton dengan roti telur buatan sendiri. cukup untuk sarapan di waktu pagi. Destinasi hari ini sepertinya jauh dan pagi tadi kalau bukan memikirkan kebarangkalian Eton yang sudah bersiap, pasti aku...bertukar fikiran lagi. "Eton, aku serius nak pergi?" tanya aku kepada Eton perihal diri sendiri.bodoh.bodoh.bodoh. tapi pastilah itu aku yang tidak pernah tetap dengan kepastian sendiri. "Serius jelah.Kita singgah UITM puncak alam sekali, dengar cerita dekat. aku nak jumpa member..." Aku senyap. jawapan Eton cukup melegakan, sekurang-kurangnya aku cuma bukan ada satu tujuan. "Hesh, kau kan kenapa tiba-tiba nak pergi? kau tu....jangankan perjumpaan, mesyuarat, kelab, apa pun kau tak pernah turun padang. Balik tabir je kerja kau..." bebel Eton. Aku tidak mengangguk, cuma mengiakannya dalam hati.
Malas alasan terkukuh kini. Alasan lagi. tak ada motif aku nak datang. Alasan lagi. Aku berasa asing, asing dari ramainya orang, asing tak perlu datang natijahnya aku cuma memandang, sayup segala keseronokan orang. Ia lahir dari hati. suatu keasingan dan perasaan yang aku sendiri tak mampu fahami.

Bas merajuk tak mahu tiba. payah betul budak trauma jalan raya seperti aku mahu keluar ke kota walau cuma ingin mencuci mata. Ah. aku cekalkan hati. satu jam kemudian Bas mula bertandang. Terpujuk juga rasa. KTM seperti biasa tidak pernah berkurang orang menunjukkan manusia tidak pernah lupa berproduktiviti. Tidak pernah lupa menambahkan kuantiti. Wajarlah terkurang kualiti. Ah aku juga manusia. jadi sandiwaranya sama. jam sudah merangkak ke dua. pantas. alat bantuan doraemon tidak pernah pula muncul dalam realiti menghulurkan jam pemberhenti masa supaya mereka.mereka.mereka tidak bergerak dan diam tidak berganjak. Biar cuma aku yang berlalu. mimpi lagi kau Hesh. "Kita pergi UITM puncak alam dululah..." kata Eton melihat jam yang masih awal untuk aku terus ke tempat tujuan. cepat-cepat aku mengangguk setuju. selepas Bas, teksi, ktm dan bas lagi. sangka kami dekat. wajarlah namanya Puncak. ya.betul di Pucak. satu jam merentas perjalanan ke Puncak. Puncak alam.

4 Petang. Bas kami bertolak melambai puncak alam.
Hati kini sudah mula berbelah bagi. hasutan diri, Ah. tak perlu pergi. perasaan keasingan itu sudah datang menziarahi. Perasaan berkobar semalam sudah lewat menjauhi. "Balik teruslah Eton," kata aku memancing. Eton kini menjeling. "Dah mula balik dah...kita datang dari jauh ni.Jomlah pergi sekejap,"
Kaki sudah mula melecet. Ah sakit. bergerak berpusing-pusing. mencari. Eton juga ikut tertoleh-toleh mencari kelibat.kelibat orang.



"Itu kan?" tunjuk Eton. Aku bergerak mahu rapat.
"Kita lalu jelah, lagipun dah lima setengah," kataku bernada biasa.seperti biasa.ah.betul.sudah biasa. Eton menjungkit bahu, tidak memaksa. menghormati keputusan seorang kawan. Aku pergi. Aku singgah. sekejap cuma.Bertemankan Eton dengan pandangan biasa. lalu untuk kali kedua. dan akhirnya sekali lagi aku cuma menjadi pemerhati di sudut kejauhan melihat orang. melihat dan tidak pernah akan terlibat.
"Jauh-jauh kata nak pergi last-last pandang je dekat kerusi ni..." kata Eton.
"Ok. Jom Blah..." kata aku, akhirnya... Yakin.
"Balik?" eton mengerutkan dahi
"dah tu.... nak tidur sini pun takde hal," Aku duduk kembali
"Taknak pergi. tengok.dengar.apa-apa je?" Tanya Eton lagi. Ah. banyak betul pertanyaan Eton ni
"Next week rakan muda aku pergi kot..."
"Yelah tu...." balas Eton sudah muak. muak dengan kelemahan diri.cuma syukur Eton masih belum mutah lagi


Hesh dan Eton pun berlalu pergi bergerak menjauhi event Puisi satu Petang oleh Zint satu malam. Ah. segan barangkali. Ramai kan yang ber alasan begitu. segan. dan pastilah natijahnya ketinggalan. 

3 comments:

ghost writer said...

pandai kau buat citer nih ek..yang sebenarnya kau cuma nak bagitau tentang kondisi diri kau yang begitu segan untuk berada di sana.

sayang sekali,kalau tidak sudah tentu aku dapat berkenalan dengan kau.

silent said...

tapi aku pandang.pandang dari jauh.aku lalu.singgah sekejap.tengok buku jalanan.lepastu pergi.cukup ah tu.kehkeh.

takutake said...

Tak habaq datang Puncak Alam. Sedangkan aku sentiasa berada di sini.