Friday, November 22, 2013

Major Biologi UPM

pelajar kepada kursus major biologi yang bertempat di Universiti Putra Malaysia, salah satu Universiti yang bagi aku agak gempak jugakla, sebabnya banyak lembu.

Bukan pelajarnya yang lembu. mohon jangan salah faham.

Mungkin ada pelajarnya yang lembu. ngeh. mohon jangan marah.
Sumber : google


Major Biologi Fakulti Sains.

menariknya major biologi di UPM ini, kursus ini tidak mempunyai pecahan seperti fizik kimia dan matematik di mana pelajarnya terpecah pecah yang berkemungkinan boleh membawa kepada semangat assabiah.
Major Biologi bagi intake aku cuma terdapat 52 orang sahaja KOT....

Bagi aku, intake aku mestilah gempak dan awesome kerana aku tidak pula mempunyai sebarang masalah dengan mereka. tapi aku tidaklah tahu sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah terhadap aku.

Untuk tahun pertama, pelajar kursus ini akan di bawa ke Hutan simpan Ayer Hitam untuk proses berkenal-kenalan sesama intake, sesama lecturer. menyuntik semangat dan lain lain.

Staff dan lecturer lecturer bagi kursus major Biologi ini juga adalah awesome. mereka bukan sahaja hebat, malah sangat membantu para pelajar. jadi tidak salah seandainya aku mengatakan, bahawa aku tidak menyesal mengambil kursus ini. (maybe sebab aku minatlaaa biologi ni)

Senarai pelajarannya. mudah. kalau engkorang belajar. engkorang score. Aku masa sem 1 ke laut jugak. maklumlah...kejutan degree, perasaan mahu enjoy itu, tidak dapat aku tidakkan.

Indahnya biologi ini, banyak sangat keindahannya. aku malas nak taip.

Kursus ini juga ada banyak field trip yang engkorang mungkin tak merasa sekiranya memilih kursus fizik, kimia, mahupun matematik (kahkahkah.hasut)

kerjaya? malas pula mahu cerita. skop kerjaya sangat luas... sekarang ni amik medik pun boleh menganggur beb. depends on rejki masing masing. solat dhuha banyak banyak ye.

Cuma satu yang aku tidaklah begitu menggemari kursus ini, kerana teori evolusinya yang disuntikkan ke dalam minda pelajar. seolah olah kebenaran evolusi itu adalah benar. biaselah silibus barat kan. ceh.

nak cerita panjang....malas lagi. selamat membaca.

13 comments:

Anonymous said...

Saya adelah student yang belajar dengan lembu-lembu itu.

- Ex-student sains ternakan UPM

Anonymous said...

nak tnya sikit. kalau ambik major biology ny, ap yg kita belajar eh? kenapa tak cuba sel dan molekul?

silent said...

sel dan molekul spesifik kepada sel dan molekul. in MAJOR biology, kita belajar semua. memang macam back to basic tapi lebih mendalam. apa pun. basic itu penting. and lebih menyeluruh and lebih fun. ;) sel dan molekul banyak duduk dalam lab. tak best. haha *hasut

Anonymous said...

Nk tny..apa beza major bio dgn sc bio erk?

Anonymous said...

okay. faham. thanks.saya anonymous yg tanya psl cells and molecule tu. saya mintak course ny dan saya dpt! alhamdulillah sbb mmg minat jugak dgn bio. emm, boleh cadangkan lecturer yg best tak? sbbnya nnt bulan 9 ny nak masuk dah :)

Anonymous said...

okay. faham. thanks. saya anonymous yg tanya psl cells and molecule tu. tu tanya waktu nak pilih course. haha. tapi dh dpt dah pun tawaran tuk intake 2014/2015 dlm major bio ny. alhamdulillah. sbb mmg minat jugak. emm,kalau tak keberatan, nak nama lecturer yg best boleh? haha. thank you.

Anonymous said...

okay. faham. thanks. saya anonymous yg tanya psl cells and molecule tu. tu tanya waktu nak pilih course. haha. tapi dh dpt dah pun tawaran tuk intake 2014/2015 dlm major bio ny. alhamdulillah. sbb mmg minat jugak. emm,kalau tak keberatan, nak nama lecturer yg best boleh? haha. thank you.

Anonymous said...

dan saya jumpa link ny. mmg ny eh nnt kteorg belajar? terima kasih http://www.docstoc.com/docs/95232955/Biologi---UPM-Faculty-of-Science

Nur Fannun said...

wah, bestnya blaja course sains ni..boleh bntu rmai org yg buta sains zmn skrg ni.

Lidiya Batrisyia said...

Hai nak tanya, course biology ni berapa tahun & apa subjek2 dia ? Thank you😁

silent said...

hi lidyia, berapa tahun tu kena tengok universiti apa, mcm UKM tiga tahun, UM tiga tahun setengah, UPM 4 tahun, u lain tak pasti. subjek apa pun kena tengok U apa, mcm UM dan UKM dibahagikan pada dua masa tahun kedua atau ketiga(tak pasti) macam zoologi atau botani, tapi kalau UPM, masuk tahun ketiga akan ada subjek subjek elektif. ada banyak nak disenaraikan kat sini. huhu. cuba google, ada tak. kalau takde, nanti saya up satu entri.

sharifahnur said...

Boleh bagi email tak? Sbb nak tanya something

silent said...

boleh email pada writerblock107@gmail.com