Sunday, November 18, 2012

Surat untuk tuhan


Tuahnku, sudah lama. lama. lama. lama. lama. hati ini tidak berbicara denganmu. sudah lama. lama. lama. hati ini dipenuhi jahiliah basi menyelimuti hingga gelap diselubungi seperti hari yang bukan pagi. Tuhanku, bilakah kali terakhir aku sujud penuh syahdu? bilakah kali terakhir aku bangun malam penuh ikhlas? bilakah kali terakhir air mata jatuh mengalir? aku lupa tuhanku. begitu lama aku tidak hadir dalam setiap doa. betapa solat sekadar berdiri dan membongkok. betapa dosa penuh bertapa. Tuhanku, berapa kali aku kembali? dan kemudian terpisah lagi sehingga kadang aku malu. Tapi aku tahu, tuhanku masih lagi memberi detik di dalam hati supaya aku kekal kembali bukan semakin lupa diri.

Tuhanku, aku lihat disekelilingku, semakin ramai manusia alpa, dan aku bukan berbeza. Tuhanku, kami bernafas dengan udaramu, kami meminjam nikmatmu. ada hambamu ditempuhi ujian penderitaan sedang kami diralit kesenangan. tapi mengapa mereka, mereka lebih hebat beriman. Tuhanku, kami sebenarnya malu. apakah kami memikirkan bahawasanya kami telah beriman selagi kami belum tempuhi ujian? Tuhanku, benarkah hampir pengakhiran zaman?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------




kawan, kau pernah rasa kemanisan iman? satu-satunya jalan hati peroleh ketenangan, keindahan yang tak dapat kau gambarkan. setiap masa terasa berbeza, kehidupan seperti suatu perjalanan menuju keabadian. tidak teragak kau tinggalkan hiburan.
tapi sayangnya aku sesat dalam perjalanan, sehingga terkandas kembali dalam keduniaan. lama aku tidak bertemu lagi pancaran ketenangan, seperti mati esok hari bukan suat permasalahan, saat iman menjadi teman. kematian bukan suatu pengakhiran, malah kau tidak gusar sekiranya esok meninggalkan, kerana satu-satunya menuju ke suatu destinasi pengakhiran yang di sana bertemu tuhan. cuma satu yang menjadi kerisauan. Masih belum cukup membawa bekalan. namun teman, kemanisan iman itu patut kau rasakan.

muhasabah diri aku dan kau yang membaca sekali. sebab aku tulis.



1 comment:

Sarah Sayuri Hartnett said...

kemanisan iman

sometimes life can be so bitter till u forgot how sweet is that.i mean this literally.

ciow.