Friday, June 14, 2013

pendosa

Pendosa seperti aku
Yang selalu karam namun diselamatkan
karam kembali
diselamatkan lagi
karam lagi dan lagi dan lagi
pendosa seperti aku
mempunyai sekeping hati kotor
ditutupi kebaikan palsu
menipu mata mereka
Hati sendiri mengerti
betapa berulang kali
diri menjadi pendosa kembali
sungguh aku ingin mandi
melonjak tinggi
timbul dari permukaan yang karam
tanpa kembali ke masa silam
namun sekali lagi
aku tewas dalam peperangan
melawan kebatilan
sampai bila
sampai bila
sampai bila
hati mahu menjadi pendosa

T___T

2 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang : said...

lamanya menyepi.bila mahu menulis lagi?

Pembunuh Tanpa Bayang : said...

sampai bila?

sampai kau benar benar tekad mahu mensucikan dosa itu.