Saturday, April 13, 2013

pemacu padu

Ini kisah lama. yang sengaja aku ceritakan semula.

Laila... Magadraph milik aku
suatu telegram dari merpati putih yang aku kenal spesisnya banyak di negara Kausakabian. Pigeon berbulu halus jelas nampak dijaga rapi seolah-olah kepunyaan puteri tercantik di negeri Kauskabian. Sebaris ayat itu meruntuhkan emosi aku yang sudah lama tidak dilanda badai. Aku sudah jangka perkara ini akan berlaku, aku menolak tawaran pertunangan Magadraph tahun lalu, dalam dunia aku. tiada cinta yang betul-betul setia. Namun aku tidak menyangka secepat ini Magadraph berubah hati, aku hampir kepada percaya bahawa Magadraph benar-benar menunggu aku kala itu. dan hati aku saat itu tidaklah sedih ataupun sakit, cuma satu perasaan seperti ingin membenamkan sebilah pedang ke dalam jantung Magadraph dan pemberi telegram.
"laila.." teguran dayang Sulul menyedarkan aku, lantas aku seka air mata laju. melihat pemandangan ke luar jendela. Semuanya berpasangan, sepasang semut melintas pergelangan tanganku yang menghalang laluan utama mereka. wujudkah perasaan pada binatang? "Perkahwinan Ratu sirotni bakal berlangsung esok hari, aku perlu ke istana buat menyediakan majlisnya. kau mahu turut serta?" soal dayang sulul, pelayan istana yang bagi aku terlalu setia kepada tuannya. "Aku tidak percayakan perkahwinan, aku tidak mahu pergi,"balas aku ringkas. Sulul menepuk bahu aku cuba untuk menyelami perasaan aku yang aku sendiri tidak mampu fahami. "kau ada masalah?" soalan Sulul sudah aku jangka. "Magadraph ada kekasih lain di Kaukasian, aku sudah jangka hal itu. tidak wajar aku bersedih," balas aku tidak berahsia, mana mungkin aku berahsia dari Sulul.

"kau sendiri selalu mengatakan bahawa kau tidak mempunyai perasaan pada Magadraph, untuk apa menangis akan hal itu?" Kata-kata daripada Sulul itu juga sudah aku jangka. Dia sudah mulai duduk, menarik tangan aku untuk turut duduk serta, menceritakan perihal perasaan dan soal Magadraph juga. "Ya, tetapi aku tidak jangka perkara ini akan berlaku, Magadraph masih lagi menghubungi aku seperti biasa, masih lagi mengatakan dia akan menunggu aku dan aku percaya sulul. aku sakit hati kerana kepercayaan aku dirobek Magadraph sendiri, walaupun aku sudah menjangkakan perkara ini," Sulul mengenggam tangan aku yang sudah mulai beku dengan amarah. "Kau bincangkan perkara ini pada Magadraph," balas Sulul, aku mengangguk lesu membantu dia mengikat reben pada pinggangnya. Jubah kelabu hitam itu nampak pudar namun tetap Sulul kenakan pada badannya, baju termahal negara Laksana kata Sulul, hanya untuk acara istana. Di mana mahalnya tidak nampak pula pada mataku.



...................................................................................................................................................................



No comments: