Tuesday, June 26, 2012

awak perempuan

assalamualaikum GIRLS! NO? okay aku bagi salam kat diri sendiri .nanti aku baca balik gaak
-__-

Hidup ni ada pilihan. ya...memang banyak pilihan, aku nak post pasal jodoh ni.bukan sebab aku dah start menggatal etc.etc. mungkin gak ye.aku kan dah membesar.heheh. aku cuma nak lontarkan pendapat pasal perempuan pun ada hak memilih. aku cuma fikir perempuan actually banyak yang menerima kalau ada sorang lelaki terus suka dia. terkinja-kinja je setuju tanpa tengok dulu hati dia. well ya know lah perempuan semakin ramai. hot-hot. comel-comel. cantik-cantik. lelaki dah bakal jadi macam burung dodo. extinct. maybe sebab tu lah.

tahu tak natijahnya apa? kalau couple takpe lah lagi, at least paling koman pun clash je kan. kapel ni lagi satu hal -__- susah sangat korang nak control perasaan cinta korang yang macam semarak api tu. macam takde benda nak buat dah kan selain bercinta? aku pun remaja. aku fahamlah.sebab aku pun sama.hahahah. tapi kita tengok secara negativnyeelah kapel ni akan buat korang membazir dari setiap sudut. dahlah korang tak tahu niat pasangan korang yang sebenarnya tu. back to the point. natijahnya kalau perempuan terus accept je sesiapa yang nak dia tanpa amik kira hati dia sendiri.kalau kawen boleh cerai kot aku rasa. tiba-tiba lah datang true love dia yang sebenar....malas nak panjangkan kisah.pendeknya takde jodohlah.

okaylah pendekkan cerita. aku nak bagitahu perempuan tak semestinya kena terima je sesiapa.kalau korang tak suka lelaki tu. cakap je lah ayat you are too good to be with, takpun you'll be my friend forever. hati kan tak boleh paksa-paksa.
dalam hidup ni bukan je cuma ada kisah cinta. ada banyak lagi kisah selain dari romeo dan juliet. ada kisah pengembaraan macam the adventure of tom sawyer, the adventure of huckleberry fin, ada cerita bersiri macam siri salma dan lima penyiasat. ada cerita magik (shirik eh) macam Harry potter. see....nak teruskan hidup tak semestinya korang kena bercinta walaupun dia macam pelengkap. satu hari nanti bila hati korang terbukak walaupun mengangaa je tengok orang lain bersayang-sayang sekarang. it worth to get the right one

.

korang bukan memilih bila korang cakap you'll just be my friend forever. sebenarnya hati korang tak terbukak untuk dia. hati ni bukan boleh paksa-paksa.dahlah penat pam darah nak menipu diri sendiri lak tak guna kan. kadang-kadang maybe korang rasa macam....ish, macam mana kalau dia jodoh aku. melepaslaah aku ni. macam mana kalau aku lepaskan dia, lepas ni dia kaya raya ke...melepaslah aku.kekeke macam mana kalau lepas ni takde orang dah nak kat aku. anak dara tua lah aku ni... tapi aku percaya lah jodoh tetap jodoh. kalau betul dia jodoh korang. satu hari nanti allah akan bukak pintu hati korang untuk terima dia and masa tu dah memang masa yang sesuai untuk korang jadi ibu-ibu.

its fun to dream big sementara korang tak fikir lagi pasal kawin, korang boleh fikir nak menjelajah dunia ke.even though kalau korang anak dara tua pun, zaman moden ni who cares. korang cuma akan rasa LONELY GILA NAK MAMPUS SAMPAI TUA JE. ataupun singkatannya forever alone. HAHAHAH. tapi kalau umur korang dua puluh pun tak sampai, dengan adik pun gaduh lagi. masak pun fifty-fifty.lupakan dulu niat baik korang tu.except kalau jodoh memang dah sampai ataupun anak raja tiba-tiba masuk minang.HAHAHA.


seriouslylaah, kalau korang tak nak rasa forever alone masa umur korang yang baru nak masuk dua puluh ni. korang kena sibukkan diri. pergilah hiking ke, bike ke, join some fun activities. tapi yelah kalau korang tak berduit tak boleh gak nak buat macam tu kan. T__T. so, baca buku. explore the internet.google tempat-tempat best pastu beranganlah pergi sana.hahahah.desperate.tak pun ada banyak new knowledge yang korang boleh dapat.bukak blog.baca web... bukan bukak facebook tunggu crush korang say HI   T__T.




dah tu je lah. cite panjang-panjang pun diri sendiri gak baca balik nanti.loser gila-__-

1 comment:

takutake said...

LOL. Friendzone-ing ni perlu jugak kan sekali sekala.