Saturday, March 17, 2012

asasi

Riwayat hidup aku dekat asasi ni bolehlah aku nak klasifikasikan sebagai tahi. belajar pun pointer macam tu. tak belajar pun pointer macam tu. tapi belajar tu bila lah aku belajar kan? heh :D yelah... aku boleh klasifikasikan belajar dekat sini untuk kau jadi mesin tulis kepada kertas-kertas soalan exam. tak.tak.tak. aku bukan menghina sistem pembelajaran Malaysia. Nah. dah berbelas tahun aku hidup dengan sistem pendidikan ni. tapi kita kena telan tahinya. Sampai bila kita nak berwawasankan dan berpandukan mereka-mereka yang mengejar A semata. mana nak letak ikhlas belajar kalau begini caranya. Ya. kau mungkin boleh dapat produk pelajar-pelajr yang mampu bersaing. Nah. yang kau mahu lahirkan cuma mereka yang tinggi daya saing? dan kerugian sistem seperti ini adalah mereka terlepas pandang pelajar berpotensi yang bukan mahu menghadap kertas peperiksaan sebagai medan akhir tahap pencapaian.

Aku bukan mahu membela nasib diri sendiri, walaupun itu sebahagian daripada hakikatnya. Lihat sekarang, kalau aku ada sepuluh ribu duit sendiri dalam bank, dah lama aku resign asasi ni. cara pembelajaran yang 360 darjah bertentangan dengan hakikat kendiri aku. sayang. duit biasiswa tu aku dah telan. tak dapatlah nak pulangkan, jadi aku teruskan sisa-sisa nyawa ini dengan perasaan yang tidak ikhlas sekali. hakikatnya hati aku masih ada pada ilmu, cuma cara penyampaian biar perlahan, bukan mengejar silibus peperiksaan. biar aku tahu cara aplikasikan ilmu dalam kehidupan bukan menghadap aksara kosong yang akhirnya nanti lupa ditelan masa.

kalaulah aku boleh pilih untuk belajar sendiri. bergerak dari guru ke guru. tak perlu universiti. dah lama aku buat. sayang. kita ni cuma hamba peralihan yang perlu mengikut sekitar perjalanan.
sekarang. belajar tu apa? dah lama aku tinggal. patutlah markah~ haha. worth it.

No comments: