Friday, June 14, 2013

pendosa

Pendosa seperti aku
Yang selalu karam namun diselamatkan
karam kembali
diselamatkan lagi
karam lagi dan lagi dan lagi
pendosa seperti aku
mempunyai sekeping hati kotor
ditutupi kebaikan palsu
menipu mata mereka
Hati sendiri mengerti
betapa berulang kali
diri menjadi pendosa kembali
sungguh aku ingin mandi
melonjak tinggi
timbul dari permukaan yang karam
tanpa kembali ke masa silam
namun sekali lagi
aku tewas dalam peperangan
melawan kebatilan
sampai bila
sampai bila
sampai bila
hati mahu menjadi pendosa

T___T

Tuesday, April 16, 2013

Tukar kerajaan?

Politik kotor, politik tidak bersih ataupun politik longkang.
Politik sememangnya dipenuhi siu-isu kotor, lebih-lebih lagi politik di Malaysia yang lebih gemar mengedarkan video seks untuk menjadi tatapan umum tidak kira lapisan umur.
"The problem about Malaysian thing is our politician love to interrupt in every single thing," kata-kata Dr. Agus dalam kuliah yang lepas itu ada benarnya. Daripada isu lahad datu sehinggalah ke skandal seks seolah-olah polis tidak wujud di Malaysia.

Contohnya isu lahad datu, kita mempunyai pasukan keselamatan dalam negara, kenapa tidak dibiarkan pasukan keselamatan sahaja yang mengambil alih tugas tersebut tanpa membabitkan isu politik dengan saling tuduh menuduh mana-mana pihak menjadi batu api atau penghasut. Ia mengelirukan rakyat, apakah tujuan sebenar parti pimpinan di atas sana adalah untuk meneglirukan rakyat? Isu lahad datu sudah melibatkan nyawa. Masih lagi saling menuding jari antara satu sama lain. 
Terbaru adalah isu Video seks Mustapha Ali, perkara itu digembar-gemburkan seolah-olah mahu dijadikan komik dalam edisi negaraku Malaysia.

 kata Dr. Agus dalam kelas beliau, 'Kita ada polis di Malaysia, siasat dan dakwa, kalau benar Mustapha Ali melakukannya, siasat dan dakwa di mahkamah syariah kerana urusan seperti ini melibatkan agama, sekiranya bukan Mustapha Ali, siasat juga dan dakwa si penyebar fitnah' kata-katanya relevan, apakah motif video tersebut diedarkan? memberitahu kepada rakyat bahawa Mustapha Ali bukan pemimpin yang baik SEBELUM disahihkan kebenarannya? ataupun sengaja menambah keliru dalam kedunguan rakyat itu sendiri.

Politik di Malaysia bagi aku memerlukan pembaharuan yang banyak, generasi baru perlu meneroka bidang ini untuk memilih corak kepimpinan yang suci, profesional dan matang. Bukan mahu menguasai parlimen untuk mendapatkan projek besar bagi dibahagi-bahagikan kepada kroni. Malang sekali, kita tidak dapat membaca niat sebenar pemimpin. Apakah benar mahu membela nasib rakyat atau membela kepentingan diri sendiri.

'Malas nak tengok berita....' 'Malas nak ambil tau hal politik...' 'malas...' bosan....'
Ya, aku akui ada benarnya kita sudah jelik, mual dan bosan dengan sandiwara yang kita sendiri tidak dapat tentukan kebenarannya, tetapi sekiranya semua orang bersikap lepas tangan dalam mengambil tahu isu semasa, maka, sampai bila politik matang boleh diwujudkan? generasi kita, generasi Y, generasi yang akan mencorakkan kepimpinan negara, generasi yang menentukan jatuh bangun ekonomi negara dan memastikan duit rakyat tidak jatuh ke poket yang salah. Duit rakyat MESTI dikembalikan kepada rakyat, bukan kepada kroni ataupun poket mereka sendiri.

Kerajaan kita memberikan BR1M kepada rakyat dan juga BB1M, janji ditepati kata mereka. aku hargai usaha mereka dalam 'mengembalikan' duit rakyat. Terima kasih. Akan tetapi, sebagai rakyat, kita TIDAK BOLEH didungukan dengan perkara seperti ini, siapa tidak suka kepada baucer. aku pun suka. tapi pemberian ini seolah-olah tidak dikaji, ianya seolah-olah mendedakkan rakyat sendiri.
 'bagi, salah...tak bagi, salah...' pemberian itu tidak salah, malah sesuatu yang baik pula, tetapi malangnya pemberian seperti ini aku lihat untuk meraih sokongan undi. Apa yang penting buat rakyat adalah, memperbanyakan peluang pekerjaan, menurunkan harga barangan keperluan asasi, jurang antara kaya dan kelas menengah pula dipendekkan dengan menghapuskan golongan miskin. pendapat Dr, agus yang bercampur aduk dengan pendapat aku sendiri atas alasan mana aku nak ingat seratus peratus perkataan yang keluar daripada mulut beliau ini sekali lagi aku lihat relevan dalam senario hari ini.

Mana-mana parti pun tidak dapat memelihara kehendak selera kami yang mendahagakan sesuatu yang profesional dan matang, bukan parti yang menguasai media dan saling memburukkan antara satu sama lain, seperti kanak-kanak bergaduh yang slaing tuding menuding antara satu sama lain. Mencari kesalahan, mengkritik dengan niat untuk memburukan, bukan untuk mendidik. Tidak kisahlah sesiapa yang memerintah selagi kemakmuran negara boleh tercapai.
Kalau boleh, aku mahu lihat kerajaan lain pula yang memerintah, ingin lihat senario dan permainannya bagaimana, apakah sama.... atau sebaliknya.



Saturday, April 13, 2013

pemacu padu

Ini kisah lama. yang sengaja aku ceritakan semula.

Laila... Magadraph milik aku, 
suatu telegram dari merpati putih yang aku kenal spesisnya banyak di negara Kausakabian. Pigeon berbulu halus jelas nampak dijaga rapi seolah-olah kepunyaan puteri tercantik di negeri Kauskabian. Sebaris ayat itu meruntuhkan emosi aku yang sudah lama tidak dilanda badai. Aku sudah jangka perkara ini akan berlaku, aku menolak tawaran pertunangan Magadraph tahun lalu, dalam dunia aku. tiada cinta yang betul-betul setia. Namun aku tidak menyangka secepat ini Magadraph berubah hati, aku hampir kepada percaya bahawa Magadraph benar-benar menunggu aku kala itu. dan hati aku saat itu tidaklah sedih ataupun sakit, cuma satu perasaan seperti ingin membenamkan sebilah pedang ke dalam jantung Magadraph dan pemberi telegram.
"laila.." teguran dayang Sulul menyedarkan aku, lantas aku seka air mata laju. melihat pemandangan ke luar jendela. Semuanya berpasangan, sepasang semut melintas pergelangan tanganku yang menghalang laluan utama mereka. wujudkah perasaan pada binatang? "Perkahwinan Ratu sirotni bakal berlangsung esok hari, aku perlu ke istana buat menyediakan majlisnya. kau mahu turut serta?" soal dayang sulul, pelayan istana yang bagi aku terlalu setia kepada tuannya. "Aku tidak percayakan perkahwinan, aku tidak mahu pergi,"balas aku ringkas. Sulul menepuk bahu aku cuba untuk menyelami perasaan aku yang aku sendiri tidak mampu fahami. "kau ada masalah?" soalan Sulul sudah aku jangka. "Magadraph ada kekasih lain di Kaukasian, aku sudah jangka hal itu. tidak wajar aku bersedih," balas aku tidak berahsia, mana mungkin aku berahsia dari Sulul.

"kau sendiri selalu mengatakan bahawa kau tidak mempunyai perasaan pada Magadraph, untuk apa menangis akan hal itu?" Kata-kata daripada Sulul itu juga sudah aku jangka. Dia sudah mulai duduk, menarik tangan aku untuk turut duduk serta, menceritakan perihal perasaan dan soal Magadraph juga. "Ya, tetapi aku tidak jangka perkara ini akan berlaku, Magadraph masih lagi menghubungi aku seperti biasa, masih lagi mengatakan dia akan menunggu aku dan aku percaya sulul. aku sakit hati kerana kepercayaan aku dirobek Magadraph sendiri, walaupun aku sudah menjangkakan perkara ini," Sulul mengenggam tangan aku yang sudah mulai beku dengan amarah. "Kau bincangkan perkara ini pada Magadraph," balas Sulul, aku mengangguk lesu membantu dia mengikat reben pada pinggangnya. Jubah kelabu hitam itu nampak pudar namun tetap Sulul kenakan pada badannya, baju termahal negara Laksana kata Sulul, hanya untuk acara istana. Di mana mahalnya tidak nampak pula pada mataku.



...................................................................................................................................................................



Sunday, February 10, 2013

takut

Minggu lalu aku singgah pasar. berskuter seperti biasa. Namun hari itu berasapnya hati aku bila tempat parkir motorsikal ada sebuah kereta. memang kurang pandai jugaklah sebab parkir kereta bersepah. situ jugak dia nak letak. tapi aku peduli apa. aku parkir jugak skuter di sebelah kereta tersebut.

tapi bila aku balik. aku nak keluarkan skuter bertambah sempit. sebab ada motor menyempit jugak memarkir di sebelah aku. kereta myvi putih itu asih belum berganjak. aku sudah berasa amarah. disebabkan mood aku tidak baik berikutan cuaca yang sangat panas dan aku tidak boleh bergerak mengeluarkan skuter aku pun

"B**u* betul tuan punya kereta ni. dia ingat tempat ni kepala bapak dia punya bapak yang punya, tak beretika dan tidak mempunyai otak betul. tempat lain bersepah," kata aku kepada adik aku dengan suara yang agak kuat mungkin


Tiba-tiba lalu di belakang aku segerombolan (5 orang tak silap sebab aku tak pandang) warga india lelaki yang muda. oh ai. itulah bapak punya bapak tuan punya kereta. dalam hati aku sudah berbisik."mampus aku. mampus....memang mampuuus,"

apelagi, aku buat buat tidak pandang sementara menunggu mereka cabut mereka sempat pula memerli aku. berhai hai. dan bersori sori. aku buat muka sumbung ya amat. dalam hati aku berdoa semoga tidak diapa-apakan.

adik aku yang duduk agak berjauhan sudah tergelak macam orang gila yang mahu pulih. aku pun sebenanrnya tahan ketawa. tadi bajet berani. sekarang takut wa cakap sama lu. hehek.

setelah itu aku pun pecut laju. dan kereta tadi seolah-olah mengekori dari belakang. bila lampu mulai merah, kereta tadi berhenti. turunkan tingkap dan bising dalam bahasa yang aku tak faham. aku buat buduh lagi.

bila lampu hijau aku pecut lagi. dan seterusnya. takutnya aku sewaktu itu tuhan sahjaa yang tahu. aku takut terjadi rusuhan kaum 2013 pula.

lain kali nak parkir kereta pun ber etika lah fikirlah orang lain. dan mulai hari itu, aku cakap siang pandang-pandang. berbudi bahasalah walaupun dengan manusia tidak ber etika. takut wooooih.

Saturday, February 2, 2013

cinta Mak Jemah

Malam itu suasana suram. Mak Jemah berteleku di biliknya. merenung cermin dengan pandangan kosong. Mak Jemah sudah berusia, namun masih belum berpunya. Wanita bekerjaya kini sudah lali dengan situasi ini. Bekerjaya tidak semestinya berjaya. Urat-urat tua sudah kelihatan, tepi mata, tepi mulut, tepi hidung, tepi pipi. Mak Jemah benci situasi ini. Pisau di atas meja dicapai perlahan, dengan lembut dia sisipkan pada muka. Produk-produk kecantikan yang berderet-deret di atas meja ditolak beterabur ke lantai. GEDEGANG! bising bunyi kaca-kaca pecah. Mak Jemah tersenyyum meleret, sebentar lagi dia mahu cuba hilangkan kedut-kedut hodoh di wajahnya. Hujung pisau yang tajam itu dibenamkan sedikit di tepi mata. OUCH! mak Jemah mengaduh kesakitan, cecair lekit merah mengalir di pipi seperti air mata, Mak Jemah tersenyum, manis. Seperti melapah kulit sendiri, Mak Jemah buang kedutan tadi, tepi Pipi, Tepi mata, tepi bibir, Tepi hidung. tercoret-coret wajah Mak Jemah dicontengkan dengan mata pisau yang tajam. Air mata mak Jemah mengalir menahan kesakitan, menambah garam pada permukaan yang pedih. Mak Jemah tersenyum, wajahnya compang camping kini, Ah! buruk lagi! Pisau itu di tikam ke permukaan cermin kuat. kreeeeeeeekkkkkkkkkk......retak permukaan cermin dengan darah yang menitik-nitik di atas meja.Mak Jemah benci! kesakitannya perlu dihentikan. kehuduhannya perlu disembunyikan. cuma satu sahaja jalannya *zap! pisau tersebut ditikam di dada sendiri. Kini Mak Jemah tersengih, dunia kejam ini akirnya berakhir. Namun Mak Jemah tidak tahu, ada dunia lain yang menanti, penuh azab kekal abadi buat Mak Jemah.


Di atas meja kelihatan sepucuk surat buat kekasih hati, Pak Kasim.





Abang Kasim sayang, perginya Jemah dari sisi Kasim bukan kerana Jemah benci pada kasim, bukan kerana Jemah tidak sayang pada Kasim, bukan kerana Jemah ada orang lain di hati Jemah, tapi Jemah tahu, Jemah tidak layak untuk abang Kasim, Jemah tidak cantik seperti gadis-gadis korea yang abang kasim selalu tonton di saluran kaypop, Jemah tidak kurus seperti beliau, Jemah berasa rendah diri bang. *hehe.senyum malu. Jemah bencikan diri Jemah, tapi Jemah mahu abang tahu, sekiranya abang menjumpai Jemah terbaring berlumuran darah kerana Jemah tidak sangka Jemah boleh mati, jemah fikir Jemah sudah tidak punya hati, seperti Davy Jones, abang kenal? Davy Jones adalah abang berwajah sotong. Jemah cuma sedih kerana Jemah tahu, Jemah sudah mati di hati abang. Surat Jemah ini cuma mahu menyatakan perkara-perkara yang mungkin Jemah tidak pernah beritahu sebelum ini. Jemah sayangkan abang, jemah hargai setiap kali abang Kasim di sisi Jemah, Perasaan Jemah yang terlalu berasa insecure dan tidak percaya ini tidak baik untuk kesihatan hati kita, jadi Jemah perlu pergi dari hidup abang Kasim. maafkan jemah kerana tidak percaya pada abang. Kerana Jemah merupakan seorang yang pesimis dan tidak mahu melukakan hati sendiri dengan mempercayai perkara yang tidak pasti. maafkan jemah kalau Jemah tuduh abang Kasim penipu. Maafkan jemah ye. Jemah tahu jemah tidak layak buat abang Kasim. pergilah selamanya. sayang jemah sudah pergi sekarang, Jemah tidak akan menghantui hidup abang Kasim. Jemah janji. maafkan Jemah ye?


Mak Jemah mengotakan janjinya, namun puteri sundal bolong selalu pula kelihatan menangis di tepi rumah pak Kasim. tidak menganggu, cuma memerhati dari jauh. rindu barangkali.