Sunday, February 10, 2013

takut

Minggu lalu aku singgah pasar. berskuter seperti biasa. Namun hari itu berasapnya hati aku bila tempat parkir motorsikal ada sebuah kereta. memang kurang pandai jugaklah sebab parkir kereta bersepah. situ jugak dia nak letak. tapi aku peduli apa. aku parkir jugak skuter di sebelah kereta tersebut.

tapi bila aku balik. aku nak keluarkan skuter bertambah sempit. sebab ada motor menyempit jugak memarkir di sebelah aku. kereta myvi putih itu asih belum berganjak. aku sudah berasa amarah. disebabkan mood aku tidak baik berikutan cuaca yang sangat panas dan aku tidak boleh bergerak mengeluarkan skuter aku pun

"B**u* betul tuan punya kereta ni. dia ingat tempat ni kepala bapak dia punya bapak yang punya, tak beretika dan tidak mempunyai otak betul. tempat lain bersepah," kata aku kepada adik aku dengan suara yang agak kuat mungkin


Tiba-tiba lalu di belakang aku segerombolan (5 orang tak silap sebab aku tak pandang) warga india lelaki yang muda. oh ai. itulah bapak punya bapak tuan punya kereta. dalam hati aku sudah berbisik."mampus aku. mampus....memang mampuuus,"

apelagi, aku buat buat tidak pandang sementara menunggu mereka cabut mereka sempat pula memerli aku. berhai hai. dan bersori sori. aku buat muka sumbung ya amat. dalam hati aku berdoa semoga tidak diapa-apakan.

adik aku yang duduk agak berjauhan sudah tergelak macam orang gila yang mahu pulih. aku pun sebenanrnya tahan ketawa. tadi bajet berani. sekarang takut wa cakap sama lu. hehek.

setelah itu aku pun pecut laju. dan kereta tadi seolah-olah mengekori dari belakang. bila lampu mulai merah, kereta tadi berhenti. turunkan tingkap dan bising dalam bahasa yang aku tak faham. aku buat buduh lagi.

bila lampu hijau aku pecut lagi. dan seterusnya. takutnya aku sewaktu itu tuhan sahjaa yang tahu. aku takut terjadi rusuhan kaum 2013 pula.

lain kali nak parkir kereta pun ber etika lah fikirlah orang lain. dan mulai hari itu, aku cakap siang pandang-pandang. berbudi bahasalah walaupun dengan manusia tidak ber etika. takut wooooih.

Saturday, February 2, 2013

cinta Mak Jemah

Malam itu suasana suram. Mak Jemah berteleku di biliknya. merenung cermin dengan pandangan kosong. Mak Jemah sudah berusia, namun masih belum berpunya. Wanita bekerjaya kini sudah lali dengan situasi ini. Bekerjaya tidak semestinya berjaya. Urat-urat tua sudah kelihatan, tepi mata, tepi mulut, tepi hidung, tepi pipi. Mak Jemah benci situasi ini. Pisau di atas meja dicapai perlahan, dengan lembut dia sisipkan pada muka. Produk-produk kecantikan yang berderet-deret di atas meja ditolak beterabur ke lantai. GEDEGANG! bising bunyi kaca-kaca pecah. Mak Jemah tersenyyum meleret, sebentar lagi dia mahu cuba hilangkan kedut-kedut hodoh di wajahnya. Hujung pisau yang tajam itu dibenamkan sedikit di tepi mata. OUCH! mak Jemah mengaduh kesakitan, cecair lekit merah mengalir di pipi seperti air mata, Mak Jemah tersenyum, manis. Seperti melapah kulit sendiri, Mak Jemah buang kedutan tadi, tepi Pipi, Tepi mata, tepi bibir, Tepi hidung. tercoret-coret wajah Mak Jemah dicontengkan dengan mata pisau yang tajam. Air mata mak Jemah mengalir menahan kesakitan, menambah garam pada permukaan yang pedih. Mak Jemah tersenyum, wajahnya compang camping kini, Ah! buruk lagi! Pisau itu di tikam ke permukaan cermin kuat. kreeeeeeeekkkkkkkkkk......retak permukaan cermin dengan darah yang menitik-nitik di atas meja.Mak Jemah benci! kesakitannya perlu dihentikan. kehuduhannya perlu disembunyikan. cuma satu sahaja jalannya *zap! pisau tersebut ditikam di dada sendiri. Kini Mak Jemah tersengih, dunia kejam ini akirnya berakhir. Namun Mak Jemah tidak tahu, ada dunia lain yang menanti, penuh azab kekal abadi buat Mak Jemah.


Di atas meja kelihatan sepucuk surat buat kekasih hati, Pak Kasim.





Abang Kasim sayang, perginya Jemah dari sisi Kasim bukan kerana Jemah benci pada kasim, bukan kerana Jemah tidak sayang pada Kasim, bukan kerana Jemah ada orang lain di hati Jemah, tapi Jemah tahu, Jemah tidak layak untuk abang Kasim, Jemah tidak cantik seperti gadis-gadis korea yang abang kasim selalu tonton di saluran kaypop, Jemah tidak kurus seperti beliau, Jemah berasa rendah diri bang. *hehe.senyum malu. Jemah bencikan diri Jemah, tapi Jemah mahu abang tahu, sekiranya abang menjumpai Jemah terbaring berlumuran darah kerana Jemah tidak sangka Jemah boleh mati, jemah fikir Jemah sudah tidak punya hati, seperti Davy Jones, abang kenal? Davy Jones adalah abang berwajah sotong. Jemah cuma sedih kerana Jemah tahu, Jemah sudah mati di hati abang. Surat Jemah ini cuma mahu menyatakan perkara-perkara yang mungkin Jemah tidak pernah beritahu sebelum ini. Jemah sayangkan abang, jemah hargai setiap kali abang Kasim di sisi Jemah, Perasaan Jemah yang terlalu berasa insecure dan tidak percaya ini tidak baik untuk kesihatan hati kita, jadi Jemah perlu pergi dari hidup abang Kasim. maafkan jemah kerana tidak percaya pada abang. Kerana Jemah merupakan seorang yang pesimis dan tidak mahu melukakan hati sendiri dengan mempercayai perkara yang tidak pasti. maafkan jemah kalau Jemah tuduh abang Kasim penipu. Maafkan jemah ye. Jemah tahu jemah tidak layak buat abang Kasim. pergilah selamanya. sayang jemah sudah pergi sekarang, Jemah tidak akan menghantui hidup abang Kasim. Jemah janji. maafkan Jemah ye?


Mak Jemah mengotakan janjinya, namun puteri sundal bolong selalu pula kelihatan menangis di tepi rumah pak Kasim. tidak menganggu, cuma memerhati dari jauh. rindu barangkali.

Thursday, January 31, 2013

aku teringin nak ada lesen scuba diving, aku boleh tengok dunia lain yang tak semua orang boleh nampak.hm

aku mimpi nak ada lesen paragliding, aku boleh terbang macam burung dari tempat yang tinggi.

aku berangan nak ada kereta sendiri, aku boleh pergi mana-mana suka hati.

kadang-kadang aku harap aku dapat pergi suatu tempat yang jauh. jauh dari orang yang aku kenal, dari satu tempat ke tempat yang lain. tiga empat hari lepastu beralih lagi pergi tempat lain. ambil upah cukup sekadar boleh makan. cewaah

tapi aku tahula. tu angan-angan je. perkara tersebut boleh direalisasi kalau aku ada duit yang banyak. 
duit yang banyak boleh dapat kalau aku kerja kuat. ataupun tiba-tiba ada emas turun dari langit. ataupun putera raja masuk minang.ngeeeh

selain itu, aku nak pergi KL jumpa kawan pun tak boleh lama-lama apetah lagi nak merantau *sigh.

Kereta pun tak expert lagi

Wednesday, January 30, 2013

ikhlas

Dalam hati aku ikhlas melihat mereka
aku berdoa mereka bahagia
ikhlas
ikhlas
ikhlas



Senyum
tolonglah
berbahagia.



jalan

Sunday, January 20, 2013



Suatu persoalan yang aku tanya pada diri sendiri. setiap hari. setiap pagi. setiap kali lena belum menjelma. Susah mencari cinta tuhan? susah? kata Ustazah, kata kakak usrah, malah kata Allah. yang paling menyayangi kita adalah tuhan. keterangannya mudah. kau tahu. aku tahu. kita tahu. Ibu. manusia yang paling sayang pada kita. pengorbanan ibu. kau tahu. aku tahu. kalau kisah terpencil. jangan cerita sekarang. itu tolak tepi. manusia tak punya hati kadang-kadang lagi hina dari babi. buang anak suka hati. eh. babi tak hina. babi tu makhluk tuhan juga. cuma haram dimakan. haram disentuh. siapa yang hina babi? kitalah. biaselah. manusia kan suka perasan bagus.

Itu Ibu. yang melahirkan. apetah lagi tuhan yang menciptakan. tentu kasih sayangnya lebih lagi. DIA yang maha penyayang. menerima taubat hambanya. cuba kau bayangkan, kau cipta vacuum. fungsi sedut sampah. tapi vacuum tu buat sampah.tiup sampah. marah? renung balik diri. bukan diri siapa-siapa. diri aku sendiri. setiap hari. banyak. banyak